Thursday, October 7, 2010

Bab 2 : Hatiku menangis namun, bibirku masih "tersenyum" riang

Ianya berlaku pada 24/9/2010 (جمعة) @ 14 شوال 1431h. Pada pukul 9.00 pagi, aku mempunyai peperiksaan subjek "kitabah" yang diajar oleh Ustaz Maad Ahmad Khalid Al-Hakim (أستاذ معد أحمد خالد الحاكم) yang berlangsung selama 2jam 30minit.

 
 

Tatkala petang, apabila Azan asar berkumandang, maka teruslah daku mengambil wudhu' di dalam bilik air yang terletak di hadapan bilikku. Sebelum aku melangkah keluar dari bilikku, terdengar bunyi SMS. Maka, aku pun segeralah untuk melihat sms tersebut. Ia tertera nombor yang aku tidak kenali.

 
 

Aku mengharapkan berita baik seperti matahari akan menyinari bumi dari pagi sehingga ke petang, namun awan yang mendung pula meredupkan waktu tengah hari. Aku sebenarnya agak terkejut dengan isi kandungan sms tersebut.

 
 

Aku terpegun seketika apabila membaca sms yang agak "subjektif" itu. Aku terfikir seketika, adakah daku yang bersalah??. Aku menyesal apabila teringatkan peristiwa tersebut. Lagi baik aku berseorangan daripada naik dengan *orang itu. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

 
 

Kisahnya ,selepas aku sampai ke bilik, aku menceritakan apa yang terjadi kepada daku kepada budak2 bilik aku. Namun begitu, aku tidak pernah menuduh * sebagai sepasang *.

 
 

Keesokan harinya, * memanggil daku ke bilik *. Aku agak cemas dan tertanya2, kenapa * tiba2 memanggil aku?. Maka, aku merelakan diriku untuk menjejakkan kakiku di dalam bilik tersebut dengan hati yang berdebar2.

 
 

Semasa aku membuka pintu, terus ahli bilik tersebut memanggil aku.*!!!. Ya saya, kenapa??. *mula berbicara,"dalam setiap kampus dalam Malaysia ini pasti ada yang "bercouple". Aku berkata, aku tidak faham. Maka salah seorang daripada budak bilik itu bertanya kepadaku, "kenal tak *?. Aku terus menunjuk jari telunjukku kepada * tanpa sebarang bicara. Adakah aku bersalah????

 
 

 
 

 (*)- nama orang yang terpaksa dirahsiakan